Kenaikan Harga Barang Mentah dalam Pembinaan

 

Isu yang terlibat dalam Pembinaan.

 


            Pasir, simen dan besi merupakan tiga elemen penting dalam pembinaan. Ekonomi negara yang merosot akibat penularan virus Covid19 dan berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan mengakibatkan kenaikan harga terhadap barang mentah yang terlibat dalam industri pembinaan. Justeru itu, kos pembinaan rumah sekarang meningkat antara 13 hingga 20% mengikut laporan yang dikongsi dalam Astro Awani bertarikh 14 Disember 2021.


                                                        Gambar sumber daripada Google

            Menurut berita yang ditulis oleh Muhammad Yusri (2021) yang diterbitkan oleh Berita Harian melaporkan bahawa peningkatan harga besi meningkat naik sehingga 48 peratus iaitu RM3,590 untuk satu tan pada Jun lalu berbanding RM2,417, Oktober 2020. Selain itu, dilaporkan bahawa berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), harga purata bahan besi seluruh negara adalah sekitar RM3,200 hingga RM3,300 untuk satu tan bulan lalu. Menyahut saranan kerajaan untuk menggunakan teknik IBS dalam pembinaan, ia mampu menjimatkan kos kerana besi yang diperlukan dalam kaedah IBS adalah dalam kuantiti sedikit berbanding dengan konvensional. Besi yang diperlukan dalam pembinaan menggunakan kaedah IBS berfungsi untuk locking dan juga tapak rumah.

            Selain daripada itu, simen juga memainkan peranan yang penting dalam industri pembinaan. Tanpa penggunaan simen, mana nya mampu bahan untuk membina rumah membentuk dengan sempurna menyerupai sebuah rumah. Oleh sebab itu, simen antara salah satu penyebab kos pembinaan rumah meningkat. Menurut Warta Oriental (2021), ia melaporkan Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) menyatakan bahawasanya kenaikan harga simen adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan berikutan terdapat peningkatan kos pengilangan, Sebaliknya, penggunaan simen dalam pembinaan rumah IBS hanya diperlukan untuk mencantum kepingan IBS sahaja kerana permukaannya yang sudah rata dan tidak perlu diplaster.


                                                      Gambar sumber daripada Google

            Selain daripada simen dan besi, pasir juga menjadi bahan asas binaan yang kini harganya meningkat daripada RM60 kepada RM80 untuk satu ela, paip dari RM30 kepada RM60 dan bagi sekampit, simen pula dari RM14 kepada RM18 dilaporkan oleh Mohd Hafiz (2021) yang dikeluarkan oleh Utusan Nasional. Tambahan pula, pasir dalam pembinaan mempunyai gred dan fungsi yang tersendiri. Fungsinya yang tersendiri bergantung pada tekstur pasir tersebut sama ada halus atau kasar. Disebabkan penggunaan simen yang minimum dalam pembinaan rumah IBS, begitu juga dengan pasir. Sekiranya pengiraan simen dan pasir yang digunakan dianggarkan dengan betul, ia berkemungkinan besar dapat mengelakkan pembaziran berlaku. Ini adalah kerana sekiranya terdapat lebihan dalam penggunaan pasir dalam pembinaan, ia menjadi satu waste dan ia merugikan kos yang telah dikeluarkan oleh kedua belah pihak; kontraktor dan tuan rumah.

                                                    Gambar sumber daripada Google

            Kesimpulannya, rumah IBS adalah solusi yang paling tepat terhadap masalah sekarang di mana kos pembinaan rumah yang semakin meningkat dan juga peningkatan kos harga barang mentah dalam industri pembinaan. Ia bukan sahaja selesa untuk didiami, bahkan juga diibaratkan stress – reliever apabila pemilik rumah dapat menarik nafas lega memikirkan mengenai kos pembinaan rumah pada masa kini yang lebih jimat berbeza dengan rumah konvensional.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - https://azmegaplus.com.my/

 

Sumber rujukan - https://www.astroawani.com/berita-bisnes/7-kesatuan-gesa-kerajaan-segera-tangani-isu-kenaikan-harga-bahan-binaan-336217

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/887811/kenaikan-harga-besi-pembinaan-kerana-pandemik

https://wartaoriental.com/2021/12/09/3-sebab-kenapa-kenaikan-harga-simen-tidak-dapat-dielakkan/

https://www.utusan.com.my/nasional/2021/04/harga-barang-terus-naik-kontraktor-bakal-gulung-tikar/

Comments

Popular Posts