Kaedah Pembinaan Asas Rumah (Tapak)

 

Kaedah Pembinaan Asas Rumah (Tapak)

                                            Sumber gambar daripada Google kaedah Footing

            Terdapat dua kaedah tapak pembinaan yang berbeza sebelum rumah atau bangunan dibina. Ia dikenali sebagai Footing dan juga Rafting. Tapak rumah merupakan satu komponen yang sangat penting bagi pembinaan. Sekiranya asas tapak tidak dibina dengan betul, ianya bakal menjadi satu binaan yang kurang kukuh dan kestabilannya boleh diragui. Asas tapak dibina bertujuan untuk menampung dan memindahkan beban keseluruhan bangunan ke tanah di sekeliling pembinaan. Ia juga berfungsi untuk mengelakkan daripada berlakunya mendapan.

            Pertama sekali saya ingin kupaskan mengenai kaedah Footing untuk membina asas tapak pembinaan. Untuk teknik ini, tanah perlu digali sehingga mencecah kedalaman sebanyak 1500mm (minimum) atau lebih. Semakin dalam tanah digali, semakin stabil rumah atau bangunan yang dibina. Ini adalah kerana apabila tanah digali semakin dalam, kedudukan bangunan tersebut hampir dekat dengan pusat bumi (centre of gravity). Kedalaman tapak yang dibina perlu menjalani ujian manchintosh proba JKR yang mana untuk menguji kekuatan galas tanah tersebut.

                


Ujian ini dilakukan dengan menggunakan pengetuk seberat 4.5kg dan rod berukuran 120mm panjang, berdiameter 25mm serta bersudut 600. Sekiranya ujian ini tidak dilakukan, ia boleh menyebabkan berlakunya mendapan, dinding pecah, lantai crack dan sebagainya. Sebelum tapak dibina, tukang rumah atau kontraktor yang terlibat haruslah memastikan air tidak bertakung semasa konkrit dijalankan. Asas pembinaan footing menggunakan tiang untuk mendirikan sesebuah bangunan dan juga rumah.

            Berbeza dengan teknik footing, kaedah rafting juga sesuai untuk binaan asas tapak bangunan, lebih-lebih lagi untuk tanah jenis gambut kerana ia membahagi beban struktur rumah pada sebuah kawasan yang luas. Kaedah ini dapat mengelakkan struktur rumah daripada retak sekiranya berlaku pergerakan ataupun mendapan tanah dengan bantuan membrane sheet. Kepingan membrane ini adalah pilihan yang sangat tepat dek kerana fungsinya yang kuat ketahanan. Ia dapat menahan tekanan air yang tinggi dan juga menahan tekanan dinamik akibat daripada gempa bumi yang berlaku.


            Penggunaan kaedah rafting dalam pembinaan asas rumah, tanah tidak perlu digali dan teknik ini juga tidak memerlukan tiang untuk mendirikan sesebuah rumah dan bangunan. Sebelum tapak dibina, tanah haru diukur dan ditanda terlebih dahulu sebelum formwork dirangka. Apabila formwork dibentuk, ia akan diisi dengan tanah atau pasir dan besi disekelilingnya (beam). Besi BRC juga akan diletakkan di tengah-tengah formwork.

            Besi BRC mempunyai banyak saiz, tetapi ianya lebih elok menggunakan besi BRC saiz A7 atau A8 yang bersaiz besar dan mempunyai diameter yang besar. Apabila besi berdiameter besar, ia bermaksud besi tersebut lebih kuat berbanding besi berdiameter kecil. Sebelum besi ini diletakkan di dalam formwork, membrane sheet perlu diletakkan terlebih dahulu. Ini adalah kerana untuk memastikan kualiti concrete berada dalam keadaan baik.

            Ia berfungsi untuk menghalang air daripada tanah tidak bercampur dengan concrete yang bakal dibuat. Selain itu, ia juga digunakan untuk mengelakkan daripada wap air naik ke permukaan, mengelakkan anai-anai, memastikan keadaan mozek tidak tercabut disebabkan wap air dan memastikan concrete kering dengan betul. Kebiasaannya ketebalan concrete minimum setebal empat inci, namun, ia bergantung kepada jenis bangunan yang bakal dibina. Jika cuaca elok, pembuatan asas tapak rumah hanya boleh disiapkan dalam tempoh seminggu.

                                                           Sumber gambar daripada Google

            Bagi pembinaan rumah menggunakan IBS MeGGa, kami menggunakan teknik rafting. Ini adalah kerana dengan menggunakan teknik ini, ia mampu menjimatkan kos kerana tidak perlu mengeluarkan duit untuk proses penggalian tanah. Selain daripada itu, ia juga menjimatkan masa kerana pembuatan tapak menggunakan teknik rafting hanya mengambil masa seminggu dan ianya cepat disiapkan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - http://azmegaplus.com.my/

Comments

Popular Posts