from ZERO to HERO
Sekarang,
ramai kontraktor dan pemaju beralih arah daripada Sistem Konvensional kepada
Sistem IBS MeGGa Lightweight Panel Wall. Salah seorang daripadanya ialah Encik
Haji Zamri pemilik syarikat yang dikenali sebagai DLAMI GLOBAL.Beliau sebelum ini, menggunakan sistem konvensional
dalam pembinaan selama hampir tujuh tahun ke lapan tahun. Pada tahun
seterusnya, beliau berminat untuk belajar dan mengetahui lebih lanjut mengenai
penggunaan sistem IBS MeGGa Lightweight Panel Wall dalam pembinaan. Setelah
mengetahui tentang selok belok penggunaan IBS MeGGa Lightweight Panel Wall
dalam pembinaan, beliau mengambil keputusan untuk change the game dan menukar kaedahnya kepada sistem IBS.
Kini, beliau menggunakan kaedah ini
dalam pembinaan hampir mencecah setahun. Beliau berjaya memperoleh dan telah menyiapkan
sebanyak sembilan unit projek yang melibatkan pembinaan rumah banglo dan shop lot dalam tempoh tersebut. Ianya
boleh dikatakan satu pencapaian yang memberangsangkan bagi beliau setelah
beliau menceburi bidang pembinaan. Dengan pencapaian ini, beliau sekarang
berkemampuan untuk memiliki kereta idaman beliau iaitu Mercedez Benz. Beliau
mengambil keputusan untuk beralih arah ke industri pembinaan selepas hampir 20
tahun bergiat dalam industri tembakau dan terpaksa menghentikan perniagaan
tembakaunya disebabkan dasar kerajaan dan sedar akan bahayanya tembakau
terhadap masyarakat dan keadaan persekitaran.
‘Sebenarnya,
penggunaan IBS ini tidak susah, cuma ia memerlukan kemahiran dan teknik
tertentu dan saya bersyukur setelah saya bertemu dengan AZ Mega, diberi tunjuk
ajar oleh AZ Mega, ia menjadi mudah. AZ Mega memberi taklimat dan saya cuba selepas
itu. Selepas tiga unit berjaya disiapkan, saya rasa selesa dengan IBS. Walaupun
ada yang nk beri kerja-kerja konvensional, saya lebih berminat menggunakan
sistem IBS MeGGa berbanding konvensional’ jelas beliau semasa saya
bertanyakan adakah ianya sukar untuk mengendalikan sistem IBS Lightweight Panel
Wall semasa proses pembinaan dijalankan.
Tambah beliau lagi, sistem IBS MeGGa
ini lebih kuat berbanding dengan konvensional yang menggunakan batu bata dan
rumah IBS MeGGa ini juga cantik, sejuk dan kemasan dinding yang licin dan rata.
Rumah IBS tidak panas berbanding dengan rumah batu bata yang senang meruap
disebabkan haba yang terperangkap di dalam rumah. Sebagai pendapat peribadi, beliau
menyeru kontraktor yang ingin menceburi dan baru berjinak – jinak dengan kaedah
IBS menggunakan bahan jenis Lightweight Panel Wall untuk berhubung dan berjumpa
dengan pihak AZ Mega kerana pihak AZ Mega sedia membantu mereka yang berminat
dengan menyediakan kelas dan convert
daripada nothing to something.
Untuk
maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - http://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment