IBS; antara teori & praktikal
Physical Mentoring di
Tapak Projek
Mentoring secara fizikal dilakukan
selepas slab atau tapak rumah selesai
dibuat. Pada hari tersebut, unit projek daripada team AZ Mega Plus akan pegi
sendiri ke tapak projek tersebut untuk memantau dan memberi tunjuk ajar secara face to face terhadap kontraktor, pemaju
dan tukang rumah. Sebelum bermulanya latihan praktikal, latihan secara teori secara
lisan akan dilakukan berdasarkan manual SOP
Pembekal dan Kontraktor & Pemasangan.
Sekiranya
pemahaman mereka masih kurang jelas atau masih samar-samar, unit projek akan
melakukan sesi pembelajaran secara praktikal ataupun product hands on. Ketika
sesi secara praktikal inilah, para kontraktor dan tukang rumah akan lebih faham
kerana dapat melihat dengan lebih jelas berbanding secara teori. Selain
daripada itu, team unit projek juga akan menerangkan bahan-bahan yang perlu
digunakan semasa pembinaan menggunakan IBS Lightweight Panel Wall dijalankan
serta fungsinya yang tersendiri.
Sesi ini hanya mengambil satu hari,
bahkan ada yang tidak sampai separuh hari sekiranya orang yang terlibat jelas
dan faham tentang tatacara mengendalikan IBS bahan Lightweight Panel Wall
dengan betul. Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau keraguan selepas sesi physical mentoring dilakukan, mereka
masih boleh berhubung dengan saya dan team
AZ Mega Plus melalui talian dan juga aplikasi Whatsapp. Pihak AZ Mega Plus akan
memantau sesuatu projek itu melalui follow
up message sehingga binaan siap sepenuhnya. Sekiranya terdapat tapak projek
yang lain berdekatan dengan satu tapak projek yang lain, team kami juga akan
singgah dan menjenguk sendiri progress pembinaan tersebut.
Sesi ini akan dilakukan
bagi sesiapa yang mahu membina rumah menggunakan IBS Lightweight Panel Wall dan
yang membeli panel daripada AZ Mega
Plus.
Untuk
maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - http://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment