IBS dalam Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
Antara IBS & Program Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT)
Berdasarkan berita yang dilaporkan
melalui Astro Awani (2019) yang ditulis oleh Shuhada Abdul Kadir, ia menyatakan
bahawa kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan
menggunakan teknologi Sistem Industri Bangunan (IBS) bagi pembinaan di bawah Program Perumahan
Rakyat Termiskin (PPRT) bermula pada tahun ini. Menurut kata menterinya yang
pada masa itu, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang kini digantikan oleh Dato’ Seri
Mahdzir Khalid; sebagai kerajaan yang bertanggungjawab untuk memberikan
perkhidmatan terbaik kepada rakyat, mereka perlu menjadi lebih kreatif dan
inovatif dan dengan teknologi yang ada sekarang, sebuah rumah dapat
mengurangkan kos sebanyak lebih kurang 18 peratus lebih rendah berbanding
dengan rumah konvensional.
Keadaan ini dapat meyakinkan lagi
para kontraktor atau pemaju rumah untuk beralih arah daripada sistem
konvensional ke sistem IBS jenis bahan Lightweight Panel Wall. Tambahan pula,
pihak AZ Mega Plus mempunyai pelan PPRT yang tersendiri yang sudah mendapat
kelulusan daripada KPLB. Penggunaan pelan PPRT yang direka khas AZ Mega Plus, dapat
mengurangkan sejumlah wang daripada kos yang terlibat dalam pembinaan Selain daripada
kos untuk membina rumah, kos untuk membayar tukang per head juga
berkurangan. Ini adalah kerana rumah binaan daripada sistem IBS menggunakan
Lightweight Panel Wall hanya memerlukan tenaga kerja seramai empat orang.
Rumah PPRT sekurang-kurangnya
memerlukan keluasan tanah sebanyak 660 kaki per segi dan mempunyai tiga bilik
tidur, standard saiz ruang tamu serta satu shower dan satu toilet. Setakat ini, sebanyak hampir 200
biji buah rumah PPRT di bawah seliaan team AZ Mega Plus sudah disiapkan. Sejujurnya,
bukan sahaja penjimatan daripada segi kos, teknologi IBS juga dapat menyiapkan
sesebuah rumah PPRT dalam masa lebih kurang dua bulan dan sekaligus dapat
penjimatan daripada segi masa. Ia jimat daripada segi masa kerana proses
percantuman panel IBS Lightweight Panel Wall adalah lebih mudah dan tersusun
daripada batu-bata.
Sekiranya terdapat kontraktor yang
ingin membina rumah PPRT dengan menggunakan sistem IBS jenis bahan Lightweight
Panel Wall, pihak AZ Mega akan memberi tunjuk ajar cara pemasangan panel di
tapak projek semasa physical mentoring di lakukan dan seterusnya membuat
follow-up sehingga projek selesai dibina. In short, penggunaan sistem
IBS yang menggunakan bahan jenis Lightweight Panel Wall diyakini bersesuaian
dengan pembinaan rumah bawah program PPRT.
Sumber
rujukan – https://www.astroawani.com/berita-malaysia/teknologi-ibs-diguna-untuk-bina-rumah-pprt-198054
Untuk
maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - https://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment