IBS MeGGa lebih jimat, kekal selamat
IBS MeGGa lebih jimat, kekal selamat
Kos pembinaan sesebuah rumah
sekarang semakin meningkat dengan isu kenaikan harga barang mentah dalam
pembinaan dan juga isu pembayaran kepada kontraktor. Ia terjadi berikutan
penularan wabak COVID19 dan menjadikan industri pembinaan terhenti buat
seketika disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan daripada
Mac 2020 hingga September 2021. Dulu, ia dikenali sebagai pandemik dan sekarang
kita secara perlahan-lahan beralih ke fasa endemik. Kita terpaksa biasakan
hidup keadaan norma baru.
Orang ramai yang ada perancangan
untuk membuat rumah terpaksa menunda rancangan mereka disebabkan budget
tidak mencukupi kerana harga besi, pasir dan simen yang berperanan penting
dalam pembinaan sesuatu binaan melonjak naik selepas PKP ditamatkan secara official.
Selain konvensional; pembinaan rumah secara tradisional menggunakan batu bata,
industri pembinaan juga ada melibatkan kaedah IBS (Industrialised Building
System). Terdapat beribu jenis IBS digunakan dalam industri pembinaan.
Salah satu IBS yang dikenali ramai
pada masa kini adalah menggunakan bahan jenis IBS MEGGA Lightweight Panel Wall.
Ia adalah satu material atau bahan yang di custom made di kilang
diperbuat oleh Expanded Polystrene (EPS) yang dicampur dengan konkrit
untuk memastikan ia menghasilkan satu produk binaan yang kukuh dan selamat
untuk digunakan. Pembinaan sebuah rumah yang menggunakan kaedah IBS jenis ini,
ia memerlukan IBS MEGGA Lightweight Panel Wall, simen, besi, top track
dan beberapa alatan accessories lagi.
Penggunaan pasir dalam pembinaan
secara kaedah konvensional digunakan dengan kuantiti yang agak banyak kerana
perlu membuat tapak, tiang dan penting digunakan untuk kegiatan plaster dinding
untuk kelihatan lebih smooth dan cantik. Berbeza dengan penggunaan IBS jenis bahan IBS
MEGGA Lightweight Panel Wall, sifatnya yang sudah licin bak telur rebus
menjadikan ia cantik untuk dipandang tanpa perlu diplaster. Di sini jelas
penggunaan pasir dalam kedua-dua kaedah dan ternyata, kaedah IBS lebih
menguntungkan kerana penggunaan pasir yang sedikit berbanding konvensional.
Justeru itu, ia dapat menjimatkan kos pembinaan rumah.
Selain pasir yang digunakan dalam
kuantiti sedikit, besi juga begitu. Ia diperlukan untuk pembuatan tapak rumah
atau beam, selain itu, ia juga digunakan untuk locking antara
dinding. Secara perbandingannya, konvensional memerlukan lebih banyak batang
besi daripada kaedah IBS. Demikian itu, ia menjadikan pembinaan rumah
menggunakan kaedah IBS semakin jimat berbanding konvensional. Kos juga boleh
dikurangkan daripada segi tenaga kerja pembinaan. Ini adalah kerana pembinaan
rumah kaedah IBS menggunakan tiga ke empat orang sahaja untuk sesebuah binaan
untuk disiapkan.
Tuntas nya, kaedah IBS menggunakan IBS
MEGGA Lightweight Panel Wall ternyata ada penjimatan kos berbanding
konvensional yang banyak menggunakan bahan mentah seperti besi, simen dan pasir
yang kini harganya mencanak naik. Sekiranya kaedah IBS MEGGA Lightweight Panel
Wall ini mampu mengurangkan kos pembinaan, ia nya boleh dijadikan option
kedua untuk orang ramai kaji dan belajar sebelum teruskan rancangan untuk
memiliki rumah idaman.
Untuk
maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - https://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment