IBS MeGGa, pelihara alam sekitar
Alam Sekitar & IBS MeGGa
Isu alam sekitar sering dikaitkan dengan pembinaan, khasnya memberi kesan terhadap pencemaran bunyi, udara dan air. Tahukah anda bahawa IBS MeGGa ini adalah satu produk pembinaan yang mesra alam dan tidak menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar secara aktif. Penggunaan double ‘G’ dalam IBS MeGGa ini bermaksud Go Green. Melalui artikel ini, saya ingin kupaskan IBS MeGGa dalam pencemaran bunyi dan udara.
Kita
sering melihat tapak pembinaan rumah atau bangunan mengeluarkan bunyi bising
dengan penggunaan mesin. Pembinaan secara konvensional menggunakan cement drill
untuk mencampurkan simen, air dan juga pasir untuk menjadikan bahan pelekat
yang kukuh. Penggunaan cement drill mengeluarkan bunyi yang sangat kuat dan
boleh mengganggu ketenteraman kejiranan. Lebih-lebih lagi sekiranya di
kejiranan yang terlibat mempunyai ramai kanak-kanak dan bayi. Bunyi yang kuat
dihasilkan boleh mengganggu si kecil untuk berehat di waktu siang.
Bukan itu sahaja, udara juga turut tercemar sekiranya lori asyik keluar masuk ke tempat pembinaan dengan kehadiran habuk halus dan asap yang berbahaya terhadap masyarakat, lagi-lagi sekiranya ada yang mempunyai masalah pernafasan. Dengan penggunaan IBS MeGGa dalam pembinaan, panel yang digunakan oleh kami akan dihantar kebanyakkannya sekali sahaja dengan menggunakan lori yang boleh memuatkan barang seberat 40 tan untuk pembinaan sebuah rumah. Ini adalah kerana sebelum penghantaran panel dilakukan, pihak saya akan melakukan pengiraan yang sewajarnya berdasarkan pelan lantai rumah yang dibina. Oleh sebab itu, ia mampu mengurangkan vibration yang dihasilkan semasa lori keluar-masuk ke tempat pembinaan untuk menghantar panel.
Dengan
itu, penggunaan IBS MeGGa diyakini sangat menjaga alam sekitar dan tidak
menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar. Bukan sahaja mesra alam, bahkan
menjimatkan dan mempunyai kelebihan lain lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - http://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment