Khidmat Interior Designer

 

Peranan Interior Designer

Sekiranya terdapat pembinaan atau pembikinan sesebuah projek, ia memerlukan satu kerja yang sangat teliti kerana ia haruslah dilukis dan di design mengikut cita rasa pelanggan atau tuan rumah. Di syarikat AZ Mega Plus, pihak saya bukan sahaja terhad kepada pembinaan rumah, malah juga terlibat dalam rekaan dalaman dan khidmat melukis pelan terhadap pelanggan kami.

            Khidmat pereka dalaman ataupun lebih glamour digelar Interior Designer yang ditawarkan oleh syarikat saya digunapakai dalam pembuatan custom-made shelves atau melamine custom-made cabinet.  Ia akan dilakarkan dan dibuat mengikut preferences pelanggan dan juga atas nasihat pereka dalaman kami baik daripada segi konsep, warna dan sebagainya.  Selepas lakaran disiapkan dalam bentuk 2D dan 3D, lakaran tersebut akan diusulkan kepada pelanggan sehingga pelanggan berpuas hati dengan reka bentuk perabot tersebut.



            Kebiasaannya, lakaran atau design process akan mengalami tiga fasa sebelum design perabot dapat finalized dan diteruskan ke bahagian production. Selain custom made kitchen, pembuatan perabot daripada syarikat kami juga meliputi custom made wardrobe, kabinet penyimpanan barang, dan juga kabinet kasut. Khas buat pelanggan yang mengupah khidmat syarikat saya, AZ Mega Plus untuk membina rumah di tanah sendiri, rumah yang dibina lengkap dengan kabinet dapur. 

           Selepas tempahan dibuat dan beberapa discussion diadakan, site visit akan dilakukan untuk memastikan ukuran dan propose design mempunyai nilainya yang tersendiri.


            Selain daripada itu, syarikat saya juga ada memberi khidmat melukis pelan, juga khas untuk sesiapa menggunakan khidmat kami untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Pelan lantai rumah yang dilukis oleh kami mengambil kira pandangan daripada pelanggan kami dan juga atas nasihat kami untuk keadaan struktur rumah supaya kelihatan cantik tetapi masih kukuh binaannya. Semestinya, keluasan rumah yang bakal dibina memainkan peranan penting untuk lukisan pelan lantai dilakar. Jumlah bilik tidur, bilik mandi dan ruang tamu yang terlibat perlu diambil tahu supaya lakaran dapat dilakukan dengan sempurna.



      

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - https://azmegaplus.com.my/

Comments

Popular Posts