Liku-Liku Seorang Kontraktor.
Pahit Manis Seorang Kontraktor
‘Ting! Ting! Ting!
Telefon berbunyi menandakan notification daripada
Whatsapp group masuk secara berturut-turut. Saya berasa amat curious dengan mesej
yang diterima dan terus buka aplikasi Whatsapp tersebut.
Alhamdulillah. Allahhu-akbar,
Allah Maha Besar. Segala puji bagimu Ya – Allah. Rupa – rupanya En Nazarudin Whatsapp
untuk bagitahu bahawa beliau sudah mendapat kepercayaan untuk menyiapkan
beberapa projek menggunakan IBS MeGGa. Hampir tujuh tahun sudah saya bergiat
aktif dalam industri pembinaan jenis IBS menggunakan Lightweight Panel Wall.
Sepanjang itu lah saya sentiasa bersedia dan suka berkongsi dengan kontraktor
lain bahkan orang ramai juga mengenai kaedah pembinaan jenis IBS ini.
Selain sharing mengenai
pengalaman dalam industri pembinaan, saya juga akan dan selalu berkongsi
tentang tips dan strategi pemasaran. Ini adalah kerana ramai orang boleh berbusiness,
tetapi tidak ramai orang yang tahu dan berkemampuan dalam pemasaran industri
pembinaan. Tambahan pula sekarang ramai orang target ke arah penggunaan
pemasaran secara online berbanding offline yang memerlukan masa
yang lama untuk mendapatkan pelanggan serta kos untuk print flyers,
pamphlet, bunting dan sebagainya.
Tapak projek En Nazarudin |
Online
marketing yang kini semakin menambat hati pasaran dan orang ramai
membolehkan kami; yang berniaga membuat marketing dengan cara kami yang
tersendiri tetapi boleh menarik perhatian orang ramai melalui saluran Facebook,Twitter
dan Instagram. Selain daripada jimat dari segi masa dan kos, ia juga tidak
menggunakan tenaga kerja yang sangat ramai. Marketing boleh dibuat dengan hanya
menekan button ‘SHARE’ dan ia akan dapat dilihat seantero dunia melalui
pemasaran secara digital ataupun online. Bak kata pepatah English, it is just
one click away.
Merenung
kembali pada zaman saya sebelum bergiat aktif dalam industri IBS, saya hanya
terlibat dalam pembuatan perabot, Interior Design, ubahsuai (renovation)
dan juga projek gomen. Ada satu tahap saya rasa sangat depressed dek ditipu
kontraktor dan terpaksa guna duit sendiri untuk siapkan projek tersebut. Bukan
itu sahaja, saya terikat dengan jadual yang ditetapkan oleh badan kerajaan
untuk membentangkan paperwork mengenai tender yang dibuka dan bermacam
kejadian lagi yang berlaku.
Pada
satu petang yang hening, saya masih berada di dalam kereta, di atas jalan raya
menghala ke rumah setelah seharian bekerja dan lalu di sebatang jalan, saya
ternampak satu bunting iklan mengenai bina rumah atas tanah sendiri. Terdetik
di fikiran saya-‘Eh, ni macam menarik dan jarang nampak iklan yang macam ni.’
Disebabkan saya tertarik dengan iklan bunting itu, saya membuat sedikit research
mengenainya dan mendapati bahawa ia memang kurang berada di pasaran pada
masa itu.
Selepas
itu, baru lah saya mengkaji sistem IBS yang manakah patut saya cuba dan guna
untuk bergerak lebih maju dalam industri pembinaan. Di situ lah detik pertama
saya berkenalan dengan IBS jenis Lightweight Panel Wall. Saya nampak kelebihan
ia di masa depan dan potensinya yang tersendiri di pasaran. Pada tahun 2016,
saya mula bergiat secara serius dalam penggunaan IBS bahan jenis Lightweight
Panel Wall dalam pembinaan.
Disebabkan
itu lah, saya create program mentoring dan coaching di mana dapat share pengalaman
saya, liku-liku perjalanan saya dalam industri pembinaan dan tips pemasaran
dalam dunia pembinaan untuk orang ramai. Harapan saya kepada kontraktor atau
bukan kontraktor sekalipun di luar sana, cari lah ilmu , menuntut lah ia dan
kongsi lah ia dengan orang ramai kerana perjalanan dalam mencari ilmu itu tidak
akan pernah berhenti dan luas termasuk diri saya sendiri.
Ahh..mujur
saya tak ubah business ke kosmetik dulu..
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - https://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment