Mereka berjaya dapat projek IBS ratus ribu.. Lebih 2000 join kami untuk dapat knowledge IBS
MENTORSHIP EBA DIAMOND
Industrial Building
System (IBS) yang menggunakan jenis bahan Lightweight Panel Wall merupakan satu
sistem pembinaan yang masih baru dan kurang dikomersialkan dalam kalangan
kontraktor dan masyarakat di Malaysia. Namun begitu, AZ MEGA PLUS, sebuah
syarikat bumiputera mempunyai kepakaran dalam menggunakan sistem ini dalam
bidang pembinaan, malah kini mengendalikan projek hampir ke seluruh Semenanjung
Malaysia.
Bahan IBS yang diperbuat daripada Expanded Polystrene |
Oleh sebab itu, pada awal Januari 2021, saya mengambil inisiatif untuk mengadakan satu program dikenali sebagai ‘Mentorship EBA Diamond’. Program ini dikelolakan secara keseluruhan oleh pihak AZ MEGA PLUS dan saya. Walaupun program ini memerlukan kos pendaftaran untuk tempoh enam (6) bulan, namun pulangannya lumayan terhadap para kontraktor atau pemaju yang menyertai program ini sekiranya komited dengan apa yang diusahakan.
Sepanjang
program ini berlangsung, para peserta mempunyai tiga sesi yang berbeza.
Pertamanya, Sesi ‘Slot Interview Session’ (SIS) yang berlangsung tiga kali
sepanjang enam bulan program. Dalam sesi ini, audience boleh bertanyakan soalan mengenai IBS baik daripada segi
penggunaan, cost, kelebihan dan
sebagainya. Keduanya, kelas coaching
secara terbuka bersama saya pada setiap minggu. Seterusnya, saya design khas sesi one on one secara peribadi,
supaya lebih berkesan untuk mereka bertindak dengan lebih yakin. Sesi
ini hanya sebanyak dua kali dalam tempoh enam bulan. Semua sesi dilakukan
secara atas talian melalui Zoom meeting
dan grup Telegram.
Di samping itu, pihak AZ MEGA PLUS juga akan memberi tunjuk ajar dalam proses perjanjian dengan tuan rumah, menyediakan bahan pemasaran secara online dan menyertai aktiviti turun padang ke tapak projek untuk memberi tunjuk ajar secara fizikal iaitu mentoring teknikal tentang tatacara mengendalikan IBS MEGGA Lightweight Panel Wall dalam pembinaan bangunan dengan betul. Ini adalah kerana kebanyakan kontraktor atau pemaju yang mengamalkan kaedah konvensional dalam membina bangunan beranggapan bahawa penggunaan IBS adalah susah.
Namun
demikian, dengan penglibatan pihak AZ MEGA PLUS secara langsung dalam program
ini secara online dan fizikal, kini,
lebih ramai kontraktor dan pemaju yang lebih faham dan beralih arah daripada
kaedah konvensional kepada penggunaan sistem IBS dalam menjana pendapatan
melalui perniagaan pembinaan. Selain daripada pihak pemaju dan kontraktor,
orang lain seperti suri rumah, pensyarah, pelajar dan lain-lain juga boleh
menyertai program ini.
Setelah hampir 12 bulan program ini berjalan, sekarang,
seramai hampir 2000 orang telah menjadi ahli team kami yang terdiri daripada serata negeri. Kebaikan penggunaan IBS dalam pembinaan
bangunan menjadikan bangunan lebih sejuk, kalis api, tebat haba dan menjimatkan
kos adalah antara faktor yang menarik perhatian para kontraktor dan pemaju.
Tambahan pula, dengan kenaikan harga bahan mentah seperti besi dan simen, ia
juga menjadi salah satu faktor peralihan daripada kaedah konvensional kepada
kaedah IBS.
Berbekalkan
nasihat, tunjuk ajar dan bantuan daripada AZ MEGA PLUS dan saya sendiri, ia
sememangnya mampu mengubah nasib para kontraktor dan pemaju yang pada waktu
ini. Ini dibuktikan dengan ada ahli ‘Mentorship EBA Diamond’ berkongsi
bahawa selepas menyertai program ini, beliau memperoleh projek bernilai hampir
RM2 juta ke RM3 juta dan ada yang bermula
dengan projek secara kecil – kecilan tetapi kini, mampu membina projek banglo
mewah dan mempunyai grup kerja yang kian berkembang.
Secara
keseluruhannya, penggunaan IBS jenis bahan Lightweight Panel Wall dalam pembinaan bangunan menggantikan sistem konvensional mampu
mengubah nasib para pemaju dan kontraktor dan juga menyelamatkan poket orang
ramai dalam membuat rumah diibaratkan win-win
situation.
Untuk
maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - http://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment