Pagar menggunakan Sistem IBS MeGGa
Pagar menggunakan Sistem IBS MeGGa
Selain
daripada rumah, sistem IBS yang
menggunakan bahan Lightweight Panel Wall juga boleh digunakan dalam membina
pagar rumah sebagai landskap yang melengkapi satu potret rumah yang menarik.
Saiz panel yang digunakan adalah berukuran dua kaki tinggi dan 10 kaki panjang
menjadikan pagar yang dibina memerlukan masa yang singkat.
Kebiasaannya,
jarak antara tiang pagar yang dibina menggunakan sistem konvensional adalah
sebanyak 10 kaki ke 20 kaki. Berbanding dengan sistem konvensional, sistem IBS
menggunakan bahan Lightweight Panel Wall membolehkan jarak antara tiang semakin
panjang antara 20 kaki ke 30 kaki. Namun demikian, pihak kami memilih untuk
menggunakan jarak antara tiang sepanjang 20 kaki berbanding 30 kaki supaya
pagar yang dibina kelihatan lebih cantik.
Anggaran
masa yang diperlukan untuk membina pagar IBS hanya memakan masa selama seminggu
sahaja dan jika dianggarkan, hampir 20 peratus daripada pembinaan pagar IBS
boleh disiapkan dalam sehari. Ia termasuklah finishing process iaitu
proses mengecat. Pembinaan pagar dengan sistem IBS yang menggunakan bahan jenis
Lightweight Panel Wall memberi kelebihan daripada segi penjimatan masa dan kos
pembinaan.
Secara
umumnya, dinding pagar yang dibina perlu diplaster terlebih dahulu
sebelum proses mengecat dimulakan. Ianya berbeza dengan pagar yang diperbuat
daripada sistem IBS yang menggunakan Lightweight Panel Wall di mana skin
coat hanya perlu dibuat di kawasan penyambungan(joint) sahaja. Oleh
sebab sifat permukaannya yang sudah licin, ia mempercepatkan masa yang
digunakan untuk membina pagar rumah.
Selain
daripada itu, pembinaan pagar IBS juga jimat daripada segi kos. Rumah yang
dibina menggunakan sistem IBS memerlukan empat orang tenaga kerja manakala
pagar yang dibina menggunakan sistem dan bahan yang sama ini hanya mampu
disiapkan dengan kudrat tiga orang sahaja. Oleh yang demikian, kos tukang per
head dapat dikurangkan. Di samping itu, kos juga dapat dikurangkan melalui
pembelian bahan mentah seperti besi, pasir dan simen dalam kuantiti yang
sedikit. Ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran.
Secara
ringkasnya, pembuatan pagar dan pembinaan rumah menggunakan kaedah IBS MeGGa
memberi advantanges kepada kedua – dua pihak sama ada terhadap
kontraktor dan tuan rumah yang terlibat.
Untuk
maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - https://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment