Rumah IBS, rumah idaman citarasa terkini (bahagian 3)
Di
samping itu, penggunaan IBS Lightweight Panel Wall dalam pembinaan rumah juga
mempunyai ketahanan yang tinggi. Oleh kerana Expanded Polystrene yang digunakan dalam pembuatan bahan binaan ini
adalah daripada komposit termoplastik, ia mempunyai daya serapan hentakan yang tinggi. Ia adalah berbeza
dengan pembinaan yang menggunakan batu bata yang ciri fizikalnya hanya menerima
hentakan. Sekiranya dibuat perbezaan secara bersemuka, binaan yang diperbuat
daripada batu bata hanya bertahan untuk seketika sahaja selepas menerima sekali
atau dua kali hentakan yang kuat. Berbeza dengan batu bata, IBS Lightweight
Panel Wall mampu bertahan untuk satu tempoh yang lama walaupun setelah menerima
pressure yang kuat. Ini menandakan
bahawa tahap kekukuhan dan stability
bahan binaan jenis ini sangat tinggi. Ia juga mengurangkan risiko sesebuah
binaan mengalami keretakan.
Gambar sumber daripada Google |
Natijahnya, terdapat banyak kelebihan yang dapat diperoleh oleh orang ramai termasuklah para kontraktor, pemaju dan masyarakat dalam pembinaan bangunan yang menggunakan sistem IBS jenis Lightweight Panel Wall. Ciri-cirinya yang ringan tetapi kukuh berbanding dengan batu - bata dan senang untuk dipasang dan dihantar ke mana-mana lokasi tapak projek juga menjadikan sistem IBS Lightweight Panel Wall kini menjadi tumpuan orang ramai yang mana ia sudah digunapakai secara meluas di luar Malaysia khususnya di Eropah. Jadi, berkenal-kenal lah dahulu dengan IBS - Lightweight Panel Wall, berjinak-jinak kemudian, pasti tiada siapa yang rugi akhirnya.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - https://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment