Travelog Mentoring ke Johor & Terengganu
Travelog Mentoring ke Johor & Terengganu
Travelog
artikel saya kali ini meliputi lima hari perjalanan saya bersama ketua unit
projek pergi untuk mentoring fizikal yang meliputi kawasan di negeri Johor dan
Terengganu.
Hari pertama – 13 Disember 2021
Masuk
office seperti hari biasa bekerja dan join morning booster bersama
staff yang lain membuatkan perasaan semakin berkobar-kobar untuk bekerja pada
hari ini. Usai sesi morning booster, saya bersama – sama dengan ketua
unit projek membuat sedikit persiapan dan mendengar sedikit taklimat mengenai
aktiviti mentoring ke negeri Johor dan Terengganu. Perjalanan dimulakan setelah
kesemuanya sudah bersedia dan tempat
pertama yang kami tuju adalah ke Pasir Putih,Kelantan. Ia adalah untuk mengukur
site projek sebelum quotation dikeluarkan bagi pembinaan bangunan
yang menggunakan IBS MeGGa. Sesi mengukur ini mengambil masa lebih kurang dua
jam kerana ia perlu dilakukan secara teliti dengan menitikberatkan segala
aspek. Perjalanan ke Johor bersambung ketika hari sudah semakin petang. Oleh
sebab cuaca yang elok, perjalanan kami berjalan dengan lancar dan kami
mengambil keputusan untuk berhenti rehat seketika di R&R Paka West Bound.
Alhamdulillah, kami selamat sampai di hotel lobi di Johor hampir pukul tiga
pagi.
Hari kedua – 14 Disember 2021
Sedap
breakfast pagi hari ni disediakan oleh pihak hotel. Lebih kurang pukul 10 pagi,
kami berdua telah tiba di tapak projek yang pertama iaitu di Kulai bertujuan
untuk latihan mentoring fizikal. Kami berdua memperkenalkan diri daripada
syarikat AZ Mega Plus dan berkenalan dengan kontraktor serta anak buahnya yang
terlibat dalam projek binaan ini. Selepas ianya selesai, sesi mentoring
dimulakan dengan pembentangan manual pemasangan IBS MeGGa dan diikuti dengan hands’
on practical. Sepanjang sesi mentoring direkod saya melalui video supaya ia
boleh dijadikan memento setelah projek itu siap dan juga untuk simpanan
pejabat. Langkah kanan mungkin kami ke mari kerana kami dapat bersama – sama
makan lunch dengan mereka sebelum meneruskan sesi mentoring hingga ke
petang. Oleh sebab yang agak berangin di sini, proses mentoring dapat berjalan
dengan lancar dan dapat diakhiri dengan sesi Q&A dengan kontraktor yang
terlibat. Seterusnya, perjalanan kami diteruskan ke Kota Tinggi setelah semua
tunjuk ajar jelas dan difahami oleh kontraktor.
Contoh video mentoring ke tapak projek syarikat AZ Mega Plus
Hari ketiga – 15 Disember 2021
Kami
berdua meneruskan perjalanan ke tapak projek di Kota Tinggi setelah makan pagi
dan check-out hotel. Cuaca yang agak mendung hari ini dan selepas sesi
perkenalan dengan kontraktor dan tukang rumah, hujan renyai – renyai turun
membasahi tapak projek. Oleh sebab hujan turun, kami tidak melepaskan peluang
untuk membuat sesi mentoring berpandukan manual di bawah satu pondok yang
berdekatan dengan tapak projek. Hujan turun hampir 30 minit dan berhenti. Ia
memberi peluang untuk kami menyambung aktiviti mentoring fizikal dan merekod
video serta membuat sesi live di Facebook. Sesi mentoring di Kota Tinggi
berakhir dengan lancar pada waktu tengah hari dan seterusnya, kami bergerak
pula menuju ke Batu Pahat. Sepanjang perjalanan menuju ke tapak projek di Batu
Pahat, hujan turun dengan lebatnya dan tiba di sana hampir pukul 6.00 petang.
Kami melawat dua kawasan projek yang berbeza di sini. Lewat malam juga kami
pulang ke hotel kerana sempat meluangkan masa dengan kontraktor di sini dengan
menyertai makan malam bersama.
Hari keempat – 16 Disember 2021
Hari
ini kami pergi melawat tapak projek di Parit Jawa, Muar Johor. Seperti biasa,
sebelum sesi mentoring dimulakan, sesi perkenalan antara kami dengan kontraktor
dimulakan terlebih dahulu. Menariknya di sini, sesi mentoring hanya memerlukan
masa selama 2 jam sahaja jika dibandingkan dengan sesi mentoring yang lain yang
memakan masa hampir satu hari. Selesai sesi mentoring di sini, kami mengambil
kesempatan untuk ke Melaka dan menjamu selera masakan asam pedas makanan
tradisi orang di sini. Selesai makan dan solat, kami menyambung perjalanan kami
ke Terengganu dan tiba di sana hampir jam 10.30 malam.
Hari kelima – 17 Disember 2021
Hari
ini adalah hari terakhir untuk sesi mentoring yang diadakan pada tahun ini.
Hari ini hari jumaat dan hari ini merupakan hari hujung minggu bagi warga
Terengganu. Dek kerana cuti hujung minggu, kami hanya sempat bertemu dengan
kontraktor nya sahaja kerana yang lain bercuti. Tapak binaan sudah didirikan,
namun oleh kerana keadaan cuaca yang tidak stabil, ia melambatkan proses percantuman
panel untuk membentuk dinding rumah. Lokasi tapak projek di Terengganu kali ini
sangat cantik dan menarik kerana terletak berdekatan dengan sawah padi. Selesai
sesi mentoring di sini, maka berakhir sudah program mentoring selama lima hari
yang mana merangkumi tapak projek di Johor dan juga Terengganu.
Contoh video mentoring ke tapak projek syarikat AZ Mega Plus
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - http://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment