Tukang Rumah dalam Pembinaan
Peranan Tukang Rumah
Kata
pepatah ada menyebut bahawa masa itu emas dan sekiranya masa itu tidak
digunakan secara betul, ia adalah satu kerugian yang tidak akan berpatah balik
dan menjadikan perancangan pada masa depan terganggu. Jadi, saya rasa kita perlu
mengisi masa yang kita ada dengan sebaiknya. Masa dalam dunia pembinaan
memainkan peranan penting terhadap pelanggan dan kontraktor sendiri. Masa yang
ditunggu untuk pindah masuk ke rumah yang siap dibina dan masa yang diperlukan
untuk menyiapkan sesebuah projek bina rumah.
Sekiranya
komitmen yang diberi terhadap pembinaan sesuatu rumah adalah sepenuh perhatian,
ditambah pula dengan faktor keadaan cuaca yang elok, satu binaan rumah mampu
disiapkan dalam tempoh yang singkat. Selain komitmen yang diperlukan daripada
kontraktor, khidmat tukang rumah juga penting dalam pembinaan sesebuah rumah.
Ianya menjadi pilihan seseorang kontraktor sama ada mahu menggunakan khidmat
tukang rumah warga asing ataupun tukang rumah lokal.
Antara
masalah yang sering dihadapi oleh para kontraktor adalah tukang rumah lari
semasa projek pembinaan sedang berlaku lagi - lagi sekiranya melibatkan tukang
rumah warga asing. Keadaan ini boleh terjadi sekiranya passport disimpan oleh
mereka sendiri. Berbeza dengan passport disimpan oleh kontraktor, tukang rumah
warga asing akan sedikit terikat dengan kontraktor. Disebabkan itu, mereka
perlu patuh dan memberi sepenuh perhatian dalam menyiapkan sesuatu projek
mengikut tempoh yang ditetapkan.
Selain
daripada itu, juga terjadi kes di mana kontraktor atau tukang rumah lari
selepas memperoleh duit daripada owner rumah. Untuk mengelakkan daripada
kejadian seperti ini berlaku, kedua belah pihak antara owner rumah dan
kontraktor boleh mencapai kata sepakat untuk sign Surat Lantikan
Kontraktor/Tukang sebagai perjanjian. Dengan kewujudan perjanjian seperti ini,
ia dapat mengelakkan risiko daripada berlakunya insiden tukang rumah lari
daripada projek.
Antara
sebab mengapa terjadinya insiden tukang rumah lari ialah harga upah tukang per
head. Umumnya, perkara ini tiada satu ketetapan yang jelas kerana kadar
bayaran yang dikenakan mengikut lokasi tapak projek tersebut. Contohnya ada
harga upah tukang per head sebanyak RM100 sehari, RM120 sehari dah malah
ada juga yang menetapkan RM90 untuk sehari bekerja. Mungkin ini dapat diubah
sedikit mengikut preference kontraktor atau tuan rumah sekiranya
menggunakan IBS MeGGa dalam pembinaan. Pemasangan IBS MeGGa hanya memerlukan
tenaga kerja seramai tiga ke empat orang sahaja.
Tambahan
pula, dengan konsep ini juga dapat mengelakkan daripada insiden tukang rumah
lari dan pergi ke tapak projek yang lain yang menawarkan bayaran kepada tukang
dengan harga yang lebih tinggi. Masa pembinaan sesebuah rumah juga boleh
menjadi prolong sekiranya bahan pembinaan terputus dan terpaksa menunggu
lama untuk ia sampai dan menyambung kerja-kerja pembinaan. Dalam isu ini,
kontraktor atau owner rumah memainkan peranan yang penting dalam
memastikan bahan binaan cukup dan tidak terputus demi memastikan projek binaan
sesebuah rumah berjalan dengan lancer dan seterusnya siap dalam masa yang
ditetapkan.
Sebagai
kesimpulan, tukang rumah juga berperanan penting dalam memastikan sesuatu
projek binaan berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan dalam masa yang
ditetapkan. Penggunaan IBS MeGGa dalam pembinaan boleh menjadi a turning
point untuk kadar upah tukang rumah per head bertukar daripada
rendah ke tinggi. Keupayaan seramai tiga ke empat orang sama dengan tujuh orang
yang diperlukan untuk kaedah konvensional adalah sangat berbaloi untuk
invest dengan meninggikan kos upah tukang per head lebih daripada biasa.
Untuk
maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - https://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment