Kippidupp 6.0
Kippidupp 6.0
Poster program Kippidupp 6.0
Alhamdulillah,
saya bersyukur program Kippidupp 6.0 telah berlangsung dengan jayanya pada hari
Ahad bertarikh 09 Januari 2022 selepas hampir sebulan team saya
berkempen untuk mengajak peserta menyertai program ini.
Kebanyakan
panggilan yang dibuat oleh team saya, menerima bermacam jenis feedback.
Antara feedback yang kami dapat adalah kebanyakan daripada panggilan
dijawab, rata- rata daripada mereka menganggap bahawasanya program Kippidupp
6.0 ini adalah program main saham. Saya faham keadaan sekarang memaksa orang
ramai untuk mengambil jalan mudah untuk kaya dengan cepat melalui program pelaburan
saham.
Masakan
tidak orang ramai beranggapan begitu, kerana dengan yuran pendaftaran Kippidupp
sebanyak RM28, para peserta boleh mendapat pelbagai pengisian melalui program
ini untuk menaiktaraf kehidupan mereka. Selain daripada itu, ramai orang juga
beranggapan bahawa program ini adalah scam.
Saya
juga faham mengenai keadaan ini kerana sekarang memang ramai orang yang
terlibat dalam kegiatan scam. Namun,
team saya tetap tidak berputus asa untuk terus memberi penjelasan yang betul
mengenai tujuan program ini diadakan terhadap orang ramai. Walaupun secara am
nya, target audience program ini adalah kontraktor, namun, bukan
kontraktor juga boleh menyertai program ini. Bagi orang yang mempunyai zero
knowledge dalam industri pembinaan juga boleh menyertai program ini sebelum
mereka menceburkan diri ke dalam industri pembinaan dengan menggunakan IBS
MeGGa.
Seperti
yang digambarkan melalui artikel saya yang bertajuk KIPPIDUPP, Don't Give Up
!, program ini adalah satu klinik IBS di mana perkongsian mengenai teknik –
teknik pemasaran menggunakan kaedah IBS dalam
dunia pembinaan ke dalam pasaran sekarang.
Untuk
maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - https://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment