Penggunaan IBS MeGGa dalam rumah satu tingkat & 2 tingkat
Penggunaan IBS MeGGa dalam rumah satu tingkat & 2
tingkat.
Umumnya,
penggunaan IBS MeGGa adalah digunakan untuk dijadikan bahagian dinding rumah
menggantikan susunan batu bata yang digunakan melalui kaedah konvensional. Tahukah
anda, bahawa pembinaan rumah satu tingkat dan dua tingkat mempunyai sedikit
perbezaan terutamanya dalam sistem pembinaannya.
Point
yang pertama saya ingin jelaskan mengenai pembinaan rumah satu tingkat.
Pembinaan rumah setingkat dimulakan dengan pembinaan tapak. Dalam pembinaan
rumah satu tingkat ini, kita tidak memerlukan beam dengan tiang ataupun lebih
dikenali sebagai column. Untuk menggantikan beam, kami akan menggunakan top
track sebagai pengganti fungsi beam yang bertujuan untuk memegang dinding
tersebut selain untuk dijadikan sebagai tapak untuk trusses bumbung dipasang.
Ia bertujuan untuk memegang dinding panel IBS MeGGa dan memastikan ia lebih
kukuh apabila siap dibina.
Selepas
pemasangan panel ataupun IBS MeGGa selesai, kami akan menggunakan trusses atau
kerangka bumbung yang diperbuat daripada besi sebelum bumbung diletakkan.
Kebiasaannya, untuk bumbung, kami memilih untuk menggunakan atap gajah. Ini adalah
kerana ianya mudah di pasang, murah dan juga sesuai dengan pembinaan rumah
menggunakan IBS MeGGa.
Untuk ketinggian rumah pula, walaupun panel IBS MeGGa berukuran 2 kaki lebar dan 10 kaki panjang, ia boleh diubah mengikut citarasa pelanggan. Ketinggian rumah boleh diubah dan mencecah ketinggian sebanyak 13 kaki ke 14 kaki. Namun begitu, kebiasaannya orang ramai memilih ketinggian rumah sebanyak 10 kaki ke 11 kaki.
Sekarang,
kita beralih pula ke pembinaan rumah 2 tingkat dengan menggunakan IBS MeGGa. Berbeza
dengan pembinaan rumah setingkat yang kurang menggunakan pasir, besi dan simen,
pembinaan rumah dua tingkat adalah sebaliknya. Selain daripada itu, pembinaan
rumah 2 tingkat juga menggunakan tiang dan juga beam untuk memastikan
binaan kukuh dan lebih selamat.
Selepas
beam disiapkan, slab akan dibuat untuk langkah seterusnya dan
diikuti pula dengan pemasangan panel dengan menggunakan bottom track
bagi tingkat bawah. Untuk pembinaan bahagian tingkat atas, selepas pelantaian
dilakukan seperti biasa, panel akan dipasang dan sama seperti rumah satu
tingkat, top track akan digunakan sebelum pemasangan bumbung dilakukan.
Begitulah
sedikit sebanyak yang saya dapat berkongsi mengenai perbezaan pembinaan rumah
setingkat dan 2 tingkat dengan menggunakan IBS MeGGa.
Untuk
maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - http://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment