Program Team Members
Program Team Members
Merujuk
kepada artikel pertama yang saya tulis iaitu mengenai program EBA Diamond yang
mempunyai yuran pendaftaran untuk tempoh enam bulan keahlian, terdapat satu
lagi program yang hampir serupa fungsi tetapi tanpa bayaran keahlian. Program
tersebut dikenali sebagai Team Members. Majoriti yang menyertai program ini
adalah bekerja sebagai kontraktor.
Para
kontraktor yang menyertai program ini pada asalnya terlibat dalam kaedah
pembinaan secara konvensional dan tiada pengalaman dalam mengendalikan IBS
MeGGa. dan dalam transition untuk berubah ke arah penggunaan IBS MeGGa.
Selain kontraktor, bukan kontraktor pun boleh turut serta dalam program ini
untuk menambah ilmu yang sedia ada dan menggunakannya dalam perancangan untuk
mengorak langkah dalam industri pembinaan menggunakan IBS MeGGa.
Menariknya
di sini, keahlian EBA Diamond juga berasal daripada grup Team Members.
Berbezanya di sini, kontraktor yang pada asalnya menyertai grup Team Members
beralih kepada program EBA Diamond adalah kerana ingin pendekatan atau sesi
pembelajaran secara khusus dengan pihak AZ Mega Plus dan saya sendiri.
Persamaan antara program Team Members dan program EBA Diamond adalah ia
melibatkan komunikasi antara dua pihak. Maksudnya, ahli program Team Members
boleh mengutarakan soalan, pendapat dan idea secara bebas untuk bersama – sama
maju melangkah ke hadapan.
Melalui
program Team Members ini, para peserta mempunyai sesi zoom bersama dengan saya
dan juga menyertai program Megalive di halaman Facebook untuk mendapatkan
tips-tips dan pelbagai ilmu dalam bidang pembinaan khasnya dengan menggunakan
IBS MeGGa. Selain daripada itu, tunjuk ajar juga akan diberikan kepada ahli
Team Members juga melalui coaching di grup Whatsapp dan Telegram secara general.
Perbezaannya
dapat dilihat di sini kerana jika dibandingkan dengan program mentoring
EBA Diamond. Ini adalah kerana program EBA Diamond menawarkan sesi mentoring
yang lebih khusus dan spesifik. Berpandukan tunjuk ajar daripada saya dan team
AZ Mega Plus dan juga komitmen diberikan, ada di antara ahli Team Members
berhasil memperoleh result dengan berjaya closed project dengan
menggunakan IBS MeGGa.
Bagi
saya, secara peribadi sekiranya kontraktor atau bakal kontraktor yang mempunyai
zero pengalaman dalam mengendalikan dan menggunakan IBS MeGGa, program Team
Members ialah satu platform yang terbaik untuk mula menapak dalam industri
pembinaan. Sekiranya kontraktor yang terlibat selesa dan ingin upgrade dengan
memerlukan perhatian yang khusus, mereka boleh menyertai program EBA Diamond
seperti ditulis dalam artikel saya yang pertama.
Untuk
maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - http://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment