Train to Dabong ..choo choo ! (Part 4)
Sesudah permainan Bean Relay ditamatkan, kami semua
mempunyai masa untuk menukar pakaian, membersihkan diri dan menunaikan solat.
Selepas kesemuanya siap dan bersedia untuk bertolak balik, kami singgah
sebentar di papan tanda Gunung Stong untuk bergambar sebagai tanda kenangan.
Untuk tidak membuang masa, kami terus pegi ke Kedai Che Nah Mee Udang untuk
makan sebelum bergerak ke stesen kereta api.
Berbaloi
makan di gerai Che Nah Mee Udang, dengan saiz udang harimau yang besar, jus/air
udang yang manis dan mi yang kenyal menjadikan ia makanan yang paling special
bagi pengunjung yang datang ke sini. Ditambah pula dengan pekerja kedai
makan yang mesra pelanggan menjadikan kami tidak segan – silu untuk bertanya.
Sementara menunggu masakan disiapkan, kami mempunyai satu sesi luahan hati secara
berpasangan. Ia bertujuan untuk menghargai kehadiran staff tersebut dalam organisasi
syarikat saya ataupun bahasa mudahnya dipanggil sebagai appreciation speech.
Kami
bertolak ke stesen kereta api kira-kira pada pukul 5.45 petang setelah kami
siap makan dan sampai di stesen kereta api Dabong tepat pada jam 6 petang.
Kereta api kami sampai tepat pada pukul 6.06 petang. Selepas kami duduk di
tempat duduk kami, sesi pembahagian hadiah diadakan. Lebih mengejutkan, saya
dan isteri mempunyai special prize berbentuk wang tunai sebanyak RM100
dan juga RM50 kepada pemenang khas.
Pemenang
keseluruhan permainan bagi program Train to Dabong dimenangi oleh Kumpulan A.
Ada yang mengambil peluang untuk berehat dan tidur selepas semua hadiah
disampaikan kepada para pemenang. Ada juga yang berehat sambil berborak sambil
menunggu kereta api sampai ke stesen Wakaf Bharu. Kami sampai di sana lebih
kurang jam 9 malam dan ada sedikit ucapan penutup serta majlis perpisahan
kerana pada hari tersebut, ada dua orang pelajar UiTM telah menamatkan latihan
industri mereka dengan jayanya.
Deep
inside from the bottom of my heart, saya dapat merasakan tujuan program ini
diadakan mencapai target iaitu untuk menjalin satu ukhwah antara satu sama lain
yang bekerja di bawah syarikat saya dan juga menghasilkan satu teamwork yang
hebat dalam kalangan mereka setelah menghabiskan masa seharian bersama. Saya
sendiri merasa seronok dengan hasil kerja staff saya menghasilkan satu
program yang fun tetapi meaningful. Harapan saya semoga aktiviti
seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment