Rumah IBS, rumah idaman citarasa terkini (bahagian 2)
Seterusnya,
teknologi IBS yang menggunakan bahan Lightweight Panel Wall juga bersifat
ketahanan terhadap haba,suhu tinggi dan air . Ini adalah kerana sifat EPS
sendiri yang lembut dan mampu menyerap haba dan suhu yang tinggi menjadikan
sesebuah binaan atau rumah menjadi lebih sejuk dan nyaman untuk didiami. Ini
bersesuaian dengan cuaca di Malaysia yang hanya mempunyai musim panas dan hujan
sepanjang tahun. Pada musim panas, rumah yang dibina menggunakan IBS
Lightweight Panel Wall mampu memberi penjimatan dari segi penggunaan elektrik
kerana haba dan suhu yang tinggi sudah difilter
oleh teknologi ini dan menjadikan suhu di dalam rumah lebih rendah
berbanding di luar. Selain dariupada itu, teknologi IBS yang menggunakan
Lightweight Panel Wall system juga boleh menahan suhu yang tinggi semasa kebakaran
untuk satu tempoh sebelum mula bereaksi terhadap haba dan api. Expanded Polystrene juga tidak menyerap
air dan bersifat rendaman yang baik. Hasilnya, perosak tidak akan menyerang dan
tidak mendorong kepada dinding yang berkulat dan berwarna kehitam-hitaman.
Comments
Post a Comment