Seni Pembuatan Perabot
Seni Pembuatan Perabot
Seperti
yang sedia maklum melalui artikel saya yang bertajuk – Khidmat InteriorDesigner, syarikat saya juga ada menyediakan servis pembuatan perabot untuk
custom-made shelves atau custom-made almari. Dalam seni pembuatan perabot, kami
memilih untuk fokus lebih terhadap pembuatan custom-made kabinet dapur.
Bahagian
reka bentuk, jumlah ruangan yang perlu ada dalam kabinet dan juga pemilihan
warna, pelanggan kami boleh membuat keputusan sendiri mengikut citarasa mereka
dan juga boleh dibantu dengan pendapat diberi daripada pereka dalaman daripada
team AZ Mega Plus.
Kebiasaannya,
material yang digunakan dalam pembuatan kabinet dapur daripada aluminum,
melamine atau solid nyatuh. Aluminium yang digunakan dalam pembuatan
kabinet dapur adalah merupakan jenis hollow iaitu besi jenis ringan.
Bagi ukuran saiz kabinet dapur pula, standard saiz ia berukuran tinggi sebanyak
850mm dan kedalaman sebanyak 2 kaki tetapi panjangnya mengikut dinding on
the side.
Kabinet
dapur terdiri daripada base cabinet dan juga top cabinet. Top
cabinet merupakan kabinet dapur yang dilekatkan di dinding yang boleh
dicapai menggunakan tangan. Kabinet dapur bahagian atas selalunya dijadikan
sebagai storage atau tempat meletakkan stok makanan kering dan peralatan
memasak yang bersaiz kecik dan ringan. Ia adalah kerana untuk mengawal tekanan
dan berat yang diterima oleh kabinet tersebut.
Golongan
ibu-ibu yang menganggap dapur itu adalah syurga bagi mereka, apatah lagi bagi
mereka yang suka memasak amat menitikberatkan keadaan dapur supaya masih nampak
cantik dan bersih. Oleh sebab itu, penggunaan cooker hood atau lebih
dikenali sebagai kebuk asap selalunya digunakan untuk mengalirkan asap yang
dihasilkan semasa memasak ke ruangan secara sekata. Sekiranya pelanggan kami
ingin memasang cooker hood di dapur, ia boleh dipasang dengan kabinet
dapur kami.
Bagi
pembuatan top kitchen cabinet, kami menggunakan bahan seperti concrete
dan granite. Namun begitu, sejenis bahan yang dinamakan kompac plus juga turut
digunakan tetapi syarikat saya tidak menyediakan material jenis tersebut buat
mase sekarang. Berbeza dengan base cabinet, ianya merupakan kabinet dapur yang
berada di bawah. Ia biasanya dilengkapi dengan hob iaitu tempat memasak atau
orang ramai memanggil ia sebagai stoves. Base cabinet juga boleh
dijadikan tempat penyimpanan barang khasnya perkakas memasak yang lebih berat,besar
dan kerap digunakan Ketika memasak.
Sebenarnya
satu set kabinet merangkumi top cabinet, base cabinet, oven unit dan
juga fridge unit. Namun, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, ia akan
dibuat mengikut permintaan dan citarasa pelanggan kami termasuklah penambahan
island unit bagi mereka yang berkeinginan. Sejujurnya, bagi saya pembuatan
kabinet dapur adalah penting semasa pembinaan sesebuah rumah. Ini adalah kerana
ia adalah tulang belakang untuk sesebuah rumah.
Sebuah keluarga kebiasaannya menghabiskan
masa dengan makan bersama di dapur. Dan untuk satu masakan yang enak, keadaan
dapur yang kemas juga memainkan peranan. Apabila makanan yang sedap dimasak,
orang yg makan secara automatik akan rasa gembira dan seronok bak kata pepatah
dipetik daripada Adrienne Posey’ Good food warms the heart and feeds the soul’
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - http://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment