Train to Dabong ..choo choo ! (Part 1)

 

Train to Dabong


            Pada 6 Jan 2022 hari Khamis yang lepas, buat julung kalinya syarikat saya AZ Mega Plus berjaya mengadakan satu hari program team building di Dabong yang diberi nama Train to Dabong. Pada asalnya, program ini dijadulkan pada 26 Disember 2021, namun terpaksa ditunda disebabkan faktor cuaca dan beberapa faktor yang lain. Semua orang bertungkus – lumus untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar.

            Kami mula berkumpul di stesen kereta api Wakaf Bharu seawal jam 4 pagi dan counting dimulakan oleh AJK Keselamatan untuk mengenalpasti sekiranya ada keciciran. Semua staff hadir pada masa yang ditetapkan dan sedikit taklimat ringkas diberi oleh pengacara majlis. Usai taklimat ringkas, kereta api sampai tepat pada pukul 4.24 pagi dan semua bergerak ke koc yang ditulis pada tiket iaitu Gerabak A.







            Oleh sebab pembahagian kumpulan telah dilakukan sehari sebelum program, ianya tidak messy dan teratur pada hari tersebut. Setelah kami selesai menyusun barang dan duduk di tempat duduk yang disediakan, pengacara majlis memberi sepatah dua kata dan menjemput wakil staff untuk mengetuai bacaan doa menaiki kenderaan agar perjalanan selamat sampai ke destinasi.

            Program ini dimulakan dengan sesi ice breaking staff syarikat AZ Mega Plus Group dengan menyatakan serba sedikit mengenai perihal diri sendiri terhadap orang lain. Permainan yang pertama dimulai dengan permainan yang diberi nama Kotak Beracun. Kotak yang berisi pilihan antara Truth dan Dare di pass kan mengikut alunan muzik yang dipasang. Apabila muzik itu berhenti, orang yang memegang kotak tersebut hendaklah memilih sekeping kertas yang telah digulung di dalamnya. Bagi sesiapa yang mendapat TRUTH, ianya mudah tetapi tidak bagi sesiapa yang mendapat DARE.



              Video staff saya menyahut cabaran DARE membuat aksi budak berumur 4 tahun

            Sekiranya ia adalah TRUTH, staff tersebut harus menjawab mengikut soalan yang terdapat pada kertas tersebut dan sekiranya DARE, staff yang terlibat hendaklah menyahut cabaran yang dinyatakan.  Antara DARE yang saya boleh ingat adalah meniru gaya seorang budak yang berumur 4 tahun, menyanyi tanpa menggerakkan bibir dan juga cubit pipi orang di sebelah kanan orang tersebut sebanyak  3 kali, manakala, TRUTH pula adakah staff tersebut mandi atau tidak dan juga public speaking mengenai orang di sebelah selama 2 minit.

    


Apa yang mengejutkan saya adalah saya tidak sangka rupa-rupanya berbakat juga staff saya dalam mengendalikan permainan. Bukan sahaja berbakat, malah sangat kreatif. Semua tindak – tanduk yang melibatkan permainan ini mempunyai markah yang tersendiri. Permainan ini diakhiri dengan ucapan perasmian majlis daripada saya, selaku founder AZ Mega Plus Group.

            Mengikut perancangan yang di tetapkan untuk program ini, sepatutnya kami akan bermain permainan kedua iaitu dikenali sebagai the Calling Numbers. Ia merupakan satu permainan yang diadaptasi daripada reality show Korea iaitu Running Man. Oleh sebab permainan Kotak Beracun mengambil masa yang agak lama, permainan ini terpaksa ditunda. Tambahan pula, masa selepas itu digunakan untuk menyempurnakan solat subuh sebelum berehat sekejap dan sampai ke destinasi; Dabong.

            Kami selamat sampai di stesen kereta api Dabong kira – kira pada jam 7.30 pagi dan selepas berkumpul mengikut kumpulan yang ditetapkan, pembahagian barang amanah dilakukan. Barang amanah tersebut melibatkan sebiji telur mentah. Ia hendaklah dijaga dengan rapi dan dipulangkan dalam keadaan yang sama semasa perjalanan pulang ke Kota Bharu. Sepanjang program berlangsung, ahli kumpulan yang lain boleh mencuri atau memecahkan telur kepunyaan pihak lawan.

Sambungan artikel - Train to Dabong ..choo choo! (Part 2)

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - http://azmegaplus.com.my/


Comments

Popular Posts