Train to Dabong ..choo choo ! (Part 2)
Kami menaiki tiga buah kenderaan daripada stesen kereta api Dabong menuju ke Gua Ikan dan perjalanan ini diketuai oleh Abe Jie, seorang tour leader yang berpengalaman menguruskan program di Dabong. Sampai sahaja kami di Gua Ikan, kami mengambil keputusan untuk mengambil gambar kenang-kenangan di hadapan landmark Gua Ikan sebelum sesi senamrobik pagi dimulakan.
Selesai
sesi bergambar, kami memulakan aktiviti senamrobik dan sesi memanaskan badan
selama hampir 30 minit. Sesi memanaskan badan ini diperlukan bagi memastikan
tiada antara kami akan cedera dan cramp semasa menyertai program menjelajah gua
selepas ini. Selesai sesi memanaskan badan, sedikit taklimat diberi oleh Abe
Jie mengenai gua-gua yang terlibat dalam program ini dan juga peralatan
diperlukan.
Terdapat
tiga gua yang berbeza yang terlibat iaitu Gua Gelap, Gua Pagar dan Gua Keris.
Namun begitu, kami hanya menjelajah ke Gua Pagar dan Gua Keris. Kami tidak
dapat menjelajah ke Gua Gelap kerana ia mempunyai ruang yang sempit untuk
bergerak dan juga dipenuhi dengan air, berkemungkinan kami akan basah sedangkan
terdapat banyak lagi aturcara program yang akan berlangsung. Tambahan pula, keadaan
tersebut tidak sesuai bagi staff wanita.
Pada
awal perjalanan, kami beranggapan bahawa perjalanan menjelajah gua ini tidaklah
lasak sangat, namun, sangkaan kami meleset apabila kami berada di tengah
perjalanan. Dengan keadaan tanah yang licin akibat air bukit, kami sangat
berhati – hati dan saling menyokong antara satu sama lain. Cuaca pada hari itu
sangat elok dengan disirami cahaya matahari yang tegak di langit sehingga waktu
petang. Bayangkan kalau kami datang ke situ selepas hujan turun? Alamatnya,
berjam-jam kami terpaksa habiskan untuk aktiviti hiking sahaja.
Sepanjang
aktiviti hiking berlangsung, Abe Jie akan menceritakan serba sedikit mengenai
gua – gua yang kami jelajah. Selain daripada itu, kami juga turut didedahkan
dengan keadaan fizikal struktur gua – gua tersebut. Ada yang membentuk bunga
kubis dan bersinar serta berwarna putih dan ada juga yang berwarna seakan –
akan chocolate. Kata Abe Jie, batu gua yang berwarna putih dan bersinar adalah
batu yang masih hidup dan akan membesar buat satu tempoh yang lama manakala
batu yang berwarna agak gelap sudah mencapai had umur dan tidak akan membesar
lagi.
Saya tidak pasti antara Gua
Pagar atau Gua Keris, terdapat mata air muncul antara batu gua dan sekiranya ia
digunakan untuk membasuh muka dengan niat yang baik, berkemungkinan besar hajat
orang tersebut akan ditunaikan. Itupun dengan bantuan daripada Allah, In Shaa ALLAH. Kami mula mendaki hampir jam 10 pagi dan berjaya menghabiskan aktiviti
hiking selepas 2 jam dan 45 minit. Banyak learning point yang dapat kami
pelajari sepanjang program hiking tersebut. Antara daripadanya adalah semangat
kerjasama, bersabar, mencuba dengan bersunguh-sungguh dan juga belajar untuk
membuat sesuatu yang baru.
Selepas kesemua turun mendaki
dengan selamat, kami berehat sebentar dan meneruskan perjalanan ke tempat
seterusnya untuk makan tengah hari, aktiviti barbecue dan juga untuk bermain
permainan yang telah diatur oleh AJK program. Sungai Kenerong menjadi pilihan
kami sebagai tempat untuk aktiviti kami yang seterusnya.
Sambungan artikel - Train to Dabong ..choo choo! (Part 3)
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - http://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment