Train to Dabong ..choo choo ! (Part 3)
Excited sungguh dapat melintas anak sungai dengan menaiki jip. Satu pengalaman
yang baru! Terdapat susunan batu sungai di tepi sungai dan juga di tengah –
tengah alur sungai. Kebetulan masa kami tiba di sana, air sedang naik dan deras
mengalir menyusuri batu- batu sungai tersebut. Asyik sungguh melihat
pemandangan sungai, tambah-tambah lagi dengan warna air sungai yang kebiru-biruan
dek pantulan awan dan juga pokok – pokok sekeliling.
Setibanya
kami di sana, kami mengalas perut dengan makan Nasi Goreng Kampung sementara
menunggu makanan barbecue siap di bakar. Pada masa yang sama, ada staff
yang mengambil kesempatan dengan mandi sungai sambil menanti untuk permainan
yang seterusnya. Makanan disediakan untuk aktiviti barbecue adalah
kambing perap Pak Mat Western, ayam perap madu sebanyak 3 paket, lokching
atau satay ikan dan juga sosej. Disebabkan makanan untuk barbecue ada yang siap
dibakar, staff yang sedang bermain air sungai naik sebentar untuk mengambil
makanan dan kembali ke gigi sungai dengan membawa pinggan polistrin.
Sayang
seribu kali sayang, staff tersebut hampir jatuh di dalam air dan demi menyelamatkan
kepingan daging kambing bakar di tangan, sosej dan ayam bakar dijadikan korban
dan jatuh ke dalam air sungai. Epic sungguh dengan pemandangan di depan mata
saya! Sakan mereka bergelak – ketawa dengan apa yang berlaku tanpa mempedulikan
saya yang sedang berendam di sebelah mereka.
Dalam
pada itu, AJK program sedang menyiapkan permainan yang seterusnya iaitu Speed
Quiz. Permainan ini juga diadaptasi daripada program Running Man di mana
seorang staff diperlukan untuk membuat aksi mengikut gambaran yang di tunjukkan
oleh pengacara majlis. Manakala, ahli kumpulan yang lain hendaklah meneka
apakah ia. Oleh sebab kami dibahagi kumpulan kepada empat, pelbagai reaksi dan
ragam dapat dilihat sepanjang permainan ini berjalan.
Selepas
itu, tanpa membuang masa, permainan diteruskan dengan permainan Bean Relay.
Permainan ini dimainkan dengan menggunakan chopstick. Beans atau biji
kekacang perlu dialihkan dengan menggunakan chopstick daripada pinggan
plastic ke dalam botol yang disediakan. Bagi saya, permainan ini adalah sangat
sesuai bagi sesiapa yang menyukai makanan sushi kerana penggunaan chopstick yang
sangat cekap.
Sambungan artikel - Train to Dabong ..choo choo! (Part 4)
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di - http://azmegaplus.com.my/
Comments
Post a Comment